Khamis, 30 Disember 2010

HERBA MANDIAN CHANTIQ MANEES




Sejak seri wangi mengurut orang bersalin, biasanya kena cari daun-daun untuk air mandi orang bersalin, kalau duduk kat kampung senanglah nak cari daun-daunnya, tapi...kalau dah duduk kat bandar ni susahlah sikit nak mencarinya. Akhirnya seri wangi terbaca di surat khabar Harian Metro iklan produk Mandian Herba untuk orang lepas bersalin dan juga untuk mandian biasa. Leganya rasa hati seri wangi bila ada benda macam ni sebab senang je nak digunakan. Lebih-lebih lagi sejak dua tiga minggu ni ramai orang bersakin dan orang kawin heee..!

Mandian Herba Chantiq Manees adalah ramuan herba yang didatangkan khas dalam bentuk bunjut yang boleh terus direbus dan digunakan sebagai mandian. Dibuat mengikut ramuan turun- temurun yang mengandungi 7 jenis daun herba yang kini sukar didapati. Daun-daun herba yang segar telah melalui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiat semulajadi herba mandian ini dipek dalam bungkusan yang lebih moden supaya mudah disimpan dan digunakan. Setiap bunjut boleh digunakan lebih dari sekali sehingga pati, warna atau aromanya hilang.



Kelebihan penggunaannya:
*  Mengembalikan kesegaran dan mengurangkan sengal sendi dan saraf akibat daripada proses kelahiran. (Bagi wanita lepas bersalin).

*  Menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. 
*  Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak.
*  Mengeluarkan toksid dalam badan.
*  Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi& sengal tulang.
*  Melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan. Sebagai aroma terapi untuk menghilangkan stress.


Cara Penggunaannya:
Satu uncang bunjut Herba Chantiq Manees hendaklah direbus dengan air selama 20 minit.
Selesai merebus, biarkan sehingga menjadi suam sesuai untuk mandi bilas. Juga sesuai untuk mandian wap dan sauna serta untuk semua lapisan umur.
HARGA : RM15.90


Cara Tempahan:


SMS alamat dan no tel: 016-3747052





Khamis, 23 Disember 2010

The Season of the Witch is Here

Season of the witch

Season of the witch - Best tu...! Seri Wangi memang suka tengok filem-filem seram tak kiralah hantu ke,  tentang ahli sihir  atau pun misteri yang berkaitan dengan magic dan supernatural.  Cerita-cerita begini memang orang suka tonton. Walaupun menyeramkan dan menakutkan tetapi tetap suka tengok sambil tutup mata. Itu macam seri wangilah....nak tengok cerita seram konon tapi....tutup mata dengan tangan, sudahnya kena gelak dengan anak-anak.

Pantang ada tayangan filem yang berkaitan mistik, sihir dan hantu pasti seri wangi tak lepas peluang pergi tengok, tak kiralah filem seram melayu ke, orang putih ke atau  siam...memang seronok tetapi menakutkan hinggalah termimpi-mimpi dan termengigau...!

Biasalah bila cerita yang berkaitan dengan ahli sihir ni pastinya membayangkan orang perempuan tua berkeriput yang memakai topi hitam panjang, baju hitam, muka berkeriput, gigi berkarat dan sebatang penyapu terbang macam cerita BEWITCHED kat tv yang selalu seri wangi tengok semasa kecil. Tapi cerita BEWITCHED ni tentang ahli sihir yang baik hati dan tak seram pun. 

"Nenek Kebayan"

Seri wangi lagi suka tengok kisah ahli sihir melayu, lagi seram dan menakutkan. Sekarang pun kat tv dan panggung wayang banyak tayangkan cerita hantu dan seram. Paling seronok dan kelakar filem 'Hantu Mak Limah Balik Rumah'. Tapi.....seram juga seri wangi tengok, seram campur kelakar giler....!Tapi yang lagi menakutkan seri wangi bila mimpi Puntianak yang berbaju putih terbang di atas kepala seri wangi dengan rambut panjang mengerbang. Aduh....takutnya bila diingat-ingatkan. Itu baru mimpi kalau jumpa betul-betul macam manalah agaknya. Tapi.....esoknya seri wangi demam sebab kata kak Long memang seri wangi kena gangguan Puntianak sebab kepala seri wangi habis berkudis-kudis, kata kak long kena sembur dengan Puntianak, caya tak? Selepas kak Long tawarkan air, kepala seri wangi sembuh seperti biasa. Semua terjadi semasa seri wangi kecik, masa tu perangai macam jantan suka merayau.

"Ini Bukan Hantu Mak Limah"

Jangan lupa pergi tonton filem "Season Of The Witch" pada 5 January ni, yang sememangnya penuh misteri, triller, mendebarkan dan tentu banyak adengan-adengan suspen. Apatah pelakon kegemaran seri wangi  yang hebat iaitu Nicolas Cage.

Jumaat, 17 Disember 2010

TAFSIRAN AL QURAN DALAM BAHASA MELAYU DAN INGGERIS

Seriwangi dah terjumpa satu blog JomPHP, best juga blognya dan terjumpa tentang Tafsiran Al Quran terjemahan dalam Bahasa Melayu dan boleh download serta juga mendengar bacaan semua surah-surah di dalam Tafsiram Al Quran di dalam blog tu. Seriwangi mahu berkongsi dengan semua blogger yang berugama Islam jika mahu mendengar dan berlajar dari blog JomPHP ni boleh layari..Surah.my.


Kita juga boleh mendengar bacaan setiap surah yang boleh dimuat turun dalam format mp3.Sambil-sambil layan dan blogwakling kat blogger-bloger lain tu, bolehlah dengar bacaan Surah-surah ni.


Suray.my juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris. Jadi apalagi lawati Surah.my sekarang.

Rabu, 15 Disember 2010

CARA NAK DAPAT ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Gambar Hiasan.  Cara nak dapat anak lelaki


Seri wangi rasa ramai yang nak anak lelaki dan juga yang nak anak perempuan. Tapi....ada juga yang tak dapat anak langsung. Seriwangi rasa sedih zaman sekarang bila senang mengandung dan dapat anak dibuangnya begitu saja macam sampah, macam buang anak patung yang dah buruk. Kat sini seri wangi cuma nak bagi tau apa yang seri wangi baca dalam majalah mahupun suratkhabar tentang petua dan juga tip-tip untuk dapatkan anak lelaki. Macam seri wangi ni dah ada 6 anak lelaki...nak dapat anak perempuan......hmmmm....dah tutup pulak kilang! Heee....

Masa time seri wangi tak pulak jumpa tip-tip macam mana nak dapat anak perempuan, apa-apa pun kita cuma berusaha, yang sebenar-benarnya hanya Allah s.w.t. yang uruskan segala-galanya dan kita cuma berusaha je...! Nak tau masa mengandung time tu, member cakap macam-macam nanti dapat anak perempuanlah...sebab tengok perut bulat cantik je...kononnya kalau anak lelaku perut tu lunjung ke depan. Dan seri wangi pula sememangnya dah tau dapat anak lelali sebabnya setiap kali mengandung seri wangi pasti bermimpi makan buah, tengok buah...yang banyak dan juga mimpi batu permata. Kakak kata kalau mimpi batu pertama seperti berlian dapat anak lelaki, tapi...yang bestnya mimpi berlian besar...bestnya.

Hah...! Seri wangi nak ceritalah sebab apa seri wangi asyik dapat anak lelaki? kata orang kalau dapat anak lelaki...suami kita kuat! tapi...kalau dapat anak perempuan orang perempuan yang kuat....? Faham-faham ajelah kuat apa kan? Tetapi  sebenarnya semua itu ada kaitan dengan pemakanan kita, seri wangi ada baca sekiranya kita banyak makan daging dan ayam boleh cenderung dapat anak lelaki kerana daging dan ayam panas dan mempengaruhi benih sperma lelaki. Betul ke...Lu fikirlah sendiri...."kata Nabil. Sememangnya seri wangi sekeluarga memang selalu makan daging dan ayam dan juga sayur-sayuran. Macam mana nak ikut tip ni? Kalau nak cuba...kena cuba bila sudah tau para-para ibu mengandung, masa tulah janin tengah proses nak jadi perempuan ke....lelaki ke...! Tapi....bila dah masuk beberapa minggu dah tak guna sebab alat kelamin dah terbentuk. Tapi....kalau salah jangan marahkan seri wangi pulak ye!


Cara nak dapat anak perempuan...comelkan gambar kat atas? geramnya seri wangi tak dapat anak perempuan. Nak buat macam mana kan? dah tak ada rezeki....nampaknya kena tunggu cuculah pulak. Seperti yang seri wangi katakan nak dapat anak perempuan ada tip-tiup yang bolih diikuti, itupun kalau nak cubalah...! semua ini seri wangi baca dalam majalah, dah lupa nama majalah tu, dah lama sangat. Itupun baca masa dah dapat anak 6...kalau tidak mau juga seri wangti mencubanya. Dalam majalah tu kata....kalau nak dapat anak perempuan pulak kena banyak makan ikan, sayur dan benda-benda  masam seperti  buah orange, buah mangga, tak kiralah yang masam-masam, tapi jangan pulak makan jeruk yang dijual kat kedai...tak bagus sebab banyak pewarna nanti membahayakan anak dalam kandungan.  Dan lagi....malu pulak nak cerita.......masa nak bersama tu...yang perempuan tu kena sapu sikit air limau nipis ataupun cuka campur sikit dengan air kat faraj tu...agak-agaklah...berani nak cuba? Ataupun....kata orang tua-tua kalau nak anak perempuan kena curi senduk kat rumah member yang ada anak perempuan....percaya tak? Kalau tak percaya tanya kat nenek kita kat kampung. Dan....lagi satu masa mengandung tu kalau selalu mimpi bunga-bunga tu, orang kata dapat anak perempuan...betul ke? Da...kesimpulannya seri wangi cuma beri pendapat je....semuanya adalah kuasa Allah s.w.t. dan kita cuma berusaha, seri wangi berpendapat anak lelaki ataupun anak perempuan sama je...cuma cara kita membimbing mereka yang akan menentuka masa depan mereka. Pada firasat seri wangi anak-anak remaja zaman sekarang tertalu terdedah dengan pengaruh yang elok dari dunia luar, jadi...renung-renungkanlah untuk memberi ajaran agama secukupnya.


Sabtu, 11 Disember 2010

BLOGWALKING SOFTWARE VERSI TERBARU


Sapa-sapa nak joint Blur dan dapat trafik banyak ikut langkah-langkah kat bawah ni:
  1. Copy code banner disini
  2. Buat post berkenaan software nie…
  3. Comment yang anda telah sertainya di bawah ini…
  4. Follow blog, facebook dan twitter (tak wajib)…
  5. Letak code banner di sidebar (tak wajib)…
  6. Tag kawan-kawan anda (tak kesah berape ramai)
Kelebihan menggunakan blogwalking software nie adalah:
  1. Menjimatkan masa…
  2. Tidak melawat blog yang sama dalam masa yang terdekat…
  3. Meningkatkan traffik dengan lebih sistematik…
  4. Boleh membaca dan menkomen post mereka…
  5. Menjimatkan masa anda

Jumaat, 10 Disember 2010

JAWATAN KOSONG DI DESATERA



Seriwangi terbaca satu iklan jawatan kosong dalam KOSMO mungkin ada yang terlepas pandang jadi seriwangi nak tolong sapa-sapa yang sedang mencari jawatan kosong bolehlah tengok kat bawah ni. Sebuah syarikat pengenalian makanan Kem Angkatan Tentera untuk kawasan Kuala Lumpur, Selangor, N. Sembilan dan Johor.

Jawatan:  

1.    Eksekutif sumber manusia                   7.  Chef De Partie
2.    Pegawai Gudang                                 8.  Demi Chef
3.    Kerani Akaun                                     9.  Tukang Masak  
4.    Pembantu IT                                     10.  Pembantu Dapur
5.    Penyelia                                            11.  Pembantu stor
6.    Penolong Penyelia                             12.  Krew

Faedah:

*  Caruman KWSP dan PERKESO              * Asrama
*  Pakaian seragam                                       *  Pengangkutan
*  Rawatan Perubatan                                   *  Elaun dobi,insentif kedatangan dan elaun shift
    
Hantar: *Tertakluk kpd terma dan syarat.

Butir-butir peribadi, salinan sijil, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport ke:

                     Jabatan sumber Manusia
                     Desatera Sdn. Bhd.
                     Lot 9&11, Jln P/9B, Kawasan Perusahan Bangi
                     43650 Bandar Baru Bangi.  

Pejabat:  03-89222798 samb 152, 171, 121
H/P     :   019-5140941 - Cik Hartina
E-mail :   hr@dewina.com.my

Khamis, 2 Disember 2010

PENYAKIT ARTRITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK

Penyakit artritis di kalangan kanak-kanak jarang diketahui ramai kerana radang sendi yang menyebabkan kemerahan, bengkak dan kesakitan berpanjangan yang lazimnya dikaitkan dengan orang dewasa. Radang sendi kanak-kanak lebih dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) dan boleh menyerang kanak-kanak seawal umur enam tahun hingga remaja yang mana jenis serangan JIA bebeza bagi setiap orang dan berkait rapat dengan faktor umur. 

























Dari segi jantina kanak-kanak perempuan mempunyai risiko yang lebih tinggi dari kanak-kanaak lelaki, secara umumnya 70 peratus pesakit JIA adalah di kalanga kanak-kanak perempuan di antara umur dua hingga enam tahun. Menurut Dr.Amir Azlan Zain, Preaiden Persatuan Artritis Malaysia, terdapat 100 jenis artritis dan lazimnya jenis oligoartristis dihadapi oleh kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Biasanya serangan tertumpu pada lutu dan buku lali. Serangan artristis boleh menyebabkan buta jika tidak dikesan dari awal. Oleh itu ibu bapa perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil kerana JIA tidak menunjukkan kesan ketara. Urutan lembut pada bayi amatlah digalakkan agar perjalanan darah pada bayi akan berjalan lancar kerana tulang bayi masih lembut dan senang dilentur. Oleh itu disarankan agar ibu bapa mengambil berat dan serius mengenai kesihatan dengan membawa anak untuk pemeriksaan rapi jika ada tanda-tanda kekejangan otot pada anak-anak kecil.


MASALAH ARTRITIS - USIA 6 TAHUN