Rabu, 24 November 2010

Stop Child Abbuse


1.   Keganasan di sekolah

 Untuk memerangi gejala buli di kalangan pelajar sekolah secara berkesan, UNICEF berkerja sama dengan Bahagian Psikologi, di Kolej Universiti HELP dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan keupayaan sekolah menghadapi masalah disiplin di kalangan pelajar secara keseluruhan. Dalam 2006, dianggarkan 2,200 pelajar berusia 13 dan 14 tahun dan juga 250 guru, kounselor dan ibu bapa dari tiga sekolah menengah akan mengambil bahagian dalam projek perintis. Sebaik sahaja selesai, projek ujian ini akan disalurkan kepada rangka kerja sedia ada dalam Kerajaan mengenai pembasmian buli di sekolah.



2.     Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak kini bukanlah urusan peribadi yang melibatkan rumahtangga yang pincang, keretakan rumahtangga yang berpecah-belah dan keruntuhan perkahwinan yang akan melibatkan ke arah penganiayaan kanak-kanak yang masih kecil dan tidak tahu apa itu alam rumahtangga. Oleh itu kita mestilah menghulurkan tangan untuk terus membantu mereka dari menjadi mangsa penderaan dari keluarga mereka sendiri, penyalahgunaan kanak-kanak untuk kemewahan peribadi dan kekejaman yang dilakukan oleh orang asing.  Maka marilah kita sama-sama melibatkan diri dan melaporkan setiap penganiayaan kanak-kanak sertan mendaftar sebagai ahli di UNICEF MALAYSIAN TEAM dan anda telah menyelamatkan mereka dari terus menjadi mangsa penderaan, pencabulan dan penyiksaan fisikal. Saya telah mendaftar, anda bila lagi?



3.     Mainkan Peranan Anda

*     Menyelidik dan mendalami isu-isu hak asasi kanak-kanak yang penting kepada anda agar anda faham setuasi dan tindakan yang harus anda lakukan apabila berhadapan dengan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

*     Belajar mengenai AID/HIV yang bukan semua orang minat akan topik tersebut. Sikap ingin tahu dan ambil tahu akan melindungi dan menyelamatkan diri anda dan keluarga anda dari dijangkiti.

*     Jangan malu dan bersikap prihatin untuk ambil bahagian dalam program dan kempen yang mempunyai matlamat untuk menghentikan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

*    Tunjukkan keperihatinan dan kemanusiaan pada diri anda terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di Malaysia dengan menulis kepada Ahli Parlimen anda melalui akhbar.

*     Berikan tumpuan masa dan sumber anda kepada program-program yang akan membantu memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia.

4.    Pusat Media UNICEF Malaysia


Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan komunikasi kami di talian (+ 6.03) 2095 9154.

5 ulasan:

  1. semoga bertuah... n jom sama2 angkat tangan

    p/s: vote nescafe saya gak ek

    BalasPadam
  2. SEMOGA NASIB KANAK KANAK SENTIASA DIJAGA DAN DIBELA.

    BalasPadam
  3. saya sokong ... kanak2 tak patut di dera...

    BalasPadam
  4. gudluck sis
    owh,sama macam saya la
    idea datang terus taip
    saya ada cuba2 tulis novel online bersiri
    tapi saya buat versi dialog
    ada dkt blog saya
    baru 35 episod
    ingat nak sambung lagi nanti

    BalasPadam

Thak You For Your Comment