Follow Me and I Follow You

Selasa, 9 November 2010

PENAWAR DEMAM CAMPAK


Kenal daun ni?Seri wangi rasa bukan semua orang kenal dengan daun di atas. Inilah orang panggil DAUN MAMBU atau Pokok Naem. Daun mambu ni semua orang tua-tua tau untuk penawar Demam Campak. Pokok ni biasanya Orang India yang selalu tanam di rumah mereka untuk upacara sembahyang. Kadang-kala dia orang tau namanya saja tapi tak tau rupa pokoknya. Kalau nak cari memang susah sebab kebanyakannya pokok ni orang India yang biasanya tanam. Kalau bernasib baik ada juga orang lain melayu yang tanam.

Macam mana nak gunanya?Haa...senang je..jika anak kena demam panas, beri minum air kelapa dulu untuk penawar agar demam panasnya turun. Jika betul-betul anak kena campak nanti nampaklah keluar bintik-binti merah. Orang tua-tua kata kalau campak tak keluar seluruh badan, nanti campak tu akan berulang lagi.Entalah nak percaya atau tidak,ianya memang dulu-dulu lagi zaman seri wangi kecik-kecik itulah ceritanya.

Semasa campak dah keluar seluruh badan, ambil beberapa cekak daun mambu ditumbuk atau diblend dgn beras dan air hingga lumat kemudian dilumurkan seluruh badan  termasuk muka untuk mengelakkan gatal-gatal dan miang satu badan.  Lakukan hingga campak tu berkurangan. Dan juga demam campak ni pun kena berpantang, kalau nak ikutlah...kalau tidak fikirlah sendiri. Kalau tanya orang tua-tua mesti dia orang cakap ada pantangnya, kadang-kadang pelik juga tapi...biasanya ikut juga kata-kata orang tua-tua ni. Masa anak kena campak, kita tak bolih menggoreng takut nanti bertambah miang, jangan makan kicap takut nanti tanda-tanda campak menjadi hitam, tak bolih kena air hujan takut nanti bentan dan campak menjadi timbul dan besar. Seri wangi rasa ada logiknya sebab air hujan ada bahan kimia, betul ke? Makan benda-benda gatal dan telor pun tak bolih, jadi kenan makan yang rebus-rebus sajalah. Haa...lagi satu seri wangi malu nak cakap, sama ada betul atau tidak, kita tak bolih ehem....ehemm...eheem...malam..nanti......tak ingat pulak.




Pokok semambu ni sebenarnya banyak gunanya, pucuk daun semambu diambill beberapa helai, direndam dalam air panas dan minum untuk kesihatan tetapi tak bolih lebih seminggu. Daun-daun semambu bolih juga di letakkan di bawah alas tempat anak kita tidor agar badannya tidak miang. Rantingnya bolih dibuat untukmemberus gigi. Sebenarnya banyak lagi kegunaan pokoksemambut khasnya untuk penyakit radang kulit.
Dan lagi bila demam kenalah minum banyak air terutamanya Air Oksigen yang bolih dibeli di farmasi harganya RM3.50 sebotol. Air mineral ni sangat bagus diminum bila badan tidak sihat, terutamanya yang kena Denggi. Minumlah banyak-banyak insyaalah darah kita kembali normal. Sewri wangi cerita ni sebab anak seri wangi pernah kena Denggi, begitu juga adik ipar bila minum air Oksigen ni badan kita yang kekurangan air dan oksigen kembali sihat.Tapi...bagi sesiapa yang dah ada mesin air oksigen tu lagi bagus, minumlah banyak-banyak air.




3 ulasan:

  1. lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

    BalasPadam
  2. ooo, begitu..

    pokok mambu tu susah nak jumpa.

    BalasPadam
  3. ..info kesihatan anda dapat membantu saya menjaga anak yang sedang deman campak tq....

    BalasPadam

Ulasan anda akan saya balas.