Follow Me and I Follow You

Rabu, 3 November 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

Kalau Seri Wangi berambut panjang macam si puteri Rapunzel tu, macam-macam Seri Wangi boleh buat punya....fuyooo.....best giler....pasti semua mata terbeliak, mulut terlopong, hidung kembang kempis dan badan kaku sebab terperanjat tengok rambut Seri Wangi yang panjang 70 kaki, kalahkan kereta api Monorel, LRT dan Komuter. Zaman sekarang mana nak jumpa orang perempuan yang berambut panjang 70 kaki, agak-agaknya Seri Wangi pakai minyak apa ye? Kalau jual minyak rambut mesti laku punya. Kemudian masuk Guines World Record lagi, masuk pertandingan ratu cantik pasti Seri Wangi menang sebab semua mata-mata juri terpukau melihat rambut Seri Wangi yang panjang mengurai walaupun wajah tak secun mana, kalahkan puteri Mayang Mengurai tu. Rambut panjang macam si puteri Rapunzel yang berwarna kuning emas tu melambangkan keunggulan seorang wanita tapi berhati waja. Tengoklah tu si heronya menyorok belakang si Puteri Rapunzel, takut gamaknya.


KALAU NAK BERANGAN BERAMBUT PANJANG MACAM RAPUNZEL PERGI TENGOK    
                                         WAYANG PADA 25 NOV NI.

Lepas tu Seri Wangi akan tolong orang-orang yang duduk kat apartment yang ada lift dan selalu rosak tu gunakan rambut Seri Wangi yang panjang 70 kaki ni untuk turun dari atas apartment dengan menggunakan rambuat Seri Wangi yang panjang ni. Kalau budak-budak kecik boleh menggelunsor gunakan rambut Rapunzel yang panjang ni. Wah...terlebih sudah!!! Lagilah glamor Seri Wangi bila wartawan-wartawan datang intiview Seri Wangi, semua stesyen Tv datang ambil gambar masuk tv mereka. Amboi....bestnya Seri Wangi jadi artis pulak nanti kalahkan Siti Norhaliza yang berambut cantik tu kemudian buat telefilem bertajuk "Seri Wangi Panjang Mengurai" ataupun "The Seri Wangi's Golden Hair".




HAA.......nak tengok rambut Seri Wangi yang panjang mengurai ni? Cantik tak? Tapi....tak serupalah macam si puteri Rapunzel tu bersama Puteranya yang kacak tu. Kalau rambut Seri Wangi sepanjang 70 kaki, Seri Wangi akan panggil salon-salon rambut yang nak sponsor Seri Wangi untuk cuci rambut kemudian buat kutipan sesiapa nak ambil gambar Seri Wangi kemudian beri kepada rumah-raumah anak yatim. Okey tak....? Sekali-sekala kena juga buat amalkan?




Seri Wangi nak tunjuk gambar Seri Wangi yang cantik ni, rasanya tak bolihlah....sebab pakai tudung tapi...jadilah tengok rambut anak Seri Wangi ni sebab rambut dia lebih kurang sebiji rambut Seri Wangi. Alah....Emak Borek...anak pun rintik....betul ke...peribahasa ni? Gelak lagi sebab bangga rupa sama macam Michael Jackson dan perli emak dia berangan nak berambut paanjang macam si Puteri Rapunzel tu.



Seri Wangi dah berangan nak hadiah di atas ni....doa-doa dapatlah rasanya, best sekali dapat tengok wayang 
filem 'RAPANZEL:  A TANGLED TALE'

7 ulasan:

farra-eng berkata...

good luck yer

Shafila berkata...

Kalau dah rambut panjang mcm si Rapunzel ni, sure kena jaga betul2. Kalau tak.....alamatnya akan ada tetamu yang tak diundang nanti. He he he.

nizam omar berkata...

sila buat pages untuk sertai MYredEYE

keunggulan wanita berkata...

terima kasih

keunggulan wanita berkata...

haaa.....tulah nak cari sponsor cuci rambut ni.

keunggulan wanita berkata...

nanti saya akan buat.

CikLilyPutih berkata...

comel lah rambut rapunzel tu