Rabu, 24 November 2010

Stop Child Abbuse


1.   Keganasan di sekolah

 Untuk memerangi gejala buli di kalangan pelajar sekolah secara berkesan, UNICEF berkerja sama dengan Bahagian Psikologi, di Kolej Universiti HELP dan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan keupayaan sekolah menghadapi masalah disiplin di kalangan pelajar secara keseluruhan. Dalam 2006, dianggarkan 2,200 pelajar berusia 13 dan 14 tahun dan juga 250 guru, kounselor dan ibu bapa dari tiga sekolah menengah akan mengambil bahagian dalam projek perintis. Sebaik sahaja selesai, projek ujian ini akan disalurkan kepada rangka kerja sedia ada dalam Kerajaan mengenai pembasmian buli di sekolah.



2.     Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak kini bukanlah urusan peribadi yang melibatkan rumahtangga yang pincang, keretakan rumahtangga yang berpecah-belah dan keruntuhan perkahwinan yang akan melibatkan ke arah penganiayaan kanak-kanak yang masih kecil dan tidak tahu apa itu alam rumahtangga. Oleh itu kita mestilah menghulurkan tangan untuk terus membantu mereka dari menjadi mangsa penderaan dari keluarga mereka sendiri, penyalahgunaan kanak-kanak untuk kemewahan peribadi dan kekejaman yang dilakukan oleh orang asing.  Maka marilah kita sama-sama melibatkan diri dan melaporkan setiap penganiayaan kanak-kanak sertan mendaftar sebagai ahli di UNICEF MALAYSIAN TEAM dan anda telah menyelamatkan mereka dari terus menjadi mangsa penderaan, pencabulan dan penyiksaan fisikal. Saya telah mendaftar, anda bila lagi?



3.     Mainkan Peranan Anda

*     Menyelidik dan mendalami isu-isu hak asasi kanak-kanak yang penting kepada anda agar anda faham setuasi dan tindakan yang harus anda lakukan apabila berhadapan dengan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

*     Belajar mengenai AID/HIV yang bukan semua orang minat akan topik tersebut. Sikap ingin tahu dan ambil tahu akan melindungi dan menyelamatkan diri anda dan keluarga anda dari dijangkiti.

*     Jangan malu dan bersikap prihatin untuk ambil bahagian dalam program dan kempen yang mempunyai matlamat untuk menghentikan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

*    Tunjukkan keperihatinan dan kemanusiaan pada diri anda terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak di Malaysia dengan menulis kepada Ahli Parlimen anda melalui akhbar.

*     Berikan tumpuan masa dan sumber anda kepada program-program yang akan membantu memenuhi keperluan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia.

4.    Pusat Media UNICEF Malaysia


Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan komunikasi kami di talian (+ 6.03) 2095 9154.

Jumaat, 19 November 2010

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV”

GEMPAR....Berita tergempar..!  Hangat...!!! Kunci keselamatan mengandungi reel TRON telah hilang dari bilik projektor pawagam TGV pada 15 Nov 2010 jam 0730. Kunci tersebut yang berada di dalam rak laci didapati hilang sewaktu Antony, penjaga projektor pawagam TGV pergi ke bilik air.Ketika siasatan dibuat didapati beberapa helai rambut berwarna perang di tempat kejadian. Polis berpendapat jenayah dilakukan oleh orang dalam tetapi siapa ye? Maka pihak pawagam TGV meminta pertolongan dari member-member NUFFNANG memberi bantuan mencarikan kunci tersebut sebelum filem TRON: Legacy ditayangkan pada 16 Dis 2010.




Wahh....! Kes berat ni..! Kena panggil encik Pink Panther yang datang menolong mencari kunci tersebut. Hai...kawan-kawan semua mari sama-sama kita menolong mencari kunci tersebut kalau tidak tak dapatlah kita tengok filem TRON: Legacy tu. Unruk apa-apa maklumat semua bolihlah tengok kat facebook TGV Cinemas - www.facebook.com/TGVCinemas
TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR, WHERE IS THE STOLEN KEY?

Ganjarannya....? Tentulah ada ganjarannya kepada sesiapa yang dapat mencari kunci tersebut. Jadi cepat-cepat kita sama-sama mencari kunci yang hilang dan dapatlah kita menonton filem TRON: Legacy di pawagam TGV Cinemas. Jangan lupa ganjaran hadiahnya ialah A Private Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50" 3DTV + 3D Blu-ray player dan banyak lagi hadiah yang ditawarkan oleh pihak pawagan TGV kepada sesiapa yang dapat menyelesaikan kes ini.


 CEPAT JANGAN TERLAMBAT, MARI KITA BERAMAI-RAMAI BERSAMA MENCARI KUNCI YANG HILANG KALAU TIDAK TAK DAPATLAH TENGOK TRON:LEGACY KAT BAWAH NI..



Sabtu, 13 November 2010

DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hotter and Smarter

Tengok dulu Video tentang kecanggihan BlackBerry Torch 9800 Smart phone. Bukak mata besar-besar, pusatkan fikiran melihat betapa cantiknya BlackBerry Torch 9800 ni..Dah puas tengok Video ni.? Lepas ni bolih baca pula tentang plan DiGi Smart agar tak menyesal pula..



Pastinya HOT...terlebih sudah. Melihatkan harga BlackBerry ini pasti sesiapa pun berebut untuk mendapatkannya yang kini ditawarkan dengan DG Smart Plan dengan harga RM1,749 untuk kontrak selama 12 bulan, jimat RM 500 dan RM1,499 untuk 24 bulan, sudah jimat RM800 dibandingkan harga di pasaran RM 2,299.. Wow....meletuppp!!




DiGi Smart Plan ni memang berbaloi-baloi sebab penjimatan hingga 50% dengan Smart phone ni.

 1.  Surf Smart -  Enjoy dengan langganan Internet Unlimited cuma RM68 sebulan.


2.   Call Smart -  Penggunaan tanpa had.


 3.  Save Smart  -  Rebate 100% ke atas rancangan Unlimited Internet (dengan syarat).


4.   Roam Smart -  Data roaming untuk 6 negeri setiap hari hanya RM38.



 Sekarang semua dah lihat betapa bagusnya DG Smart Plan ni, penjimatan yang terbaik dan Telefon yang cantik, canggih dan terbaik masa kini. Jadi....janganlah tunggu lagi untuk mendapatkannya.

Khamis, 11 November 2010

CERITA KREATIF


En.Ben...Oh...En. Ben Ashaari. Oh inilah rupa orangnya ye? Barulah Seri Wangi  kenal siapa dia,macam Seri Wangi baru lagi dalam blogger.Tapi....cuba trylah juga buat entry ni nak masuk contest En Ben Ashaari, manalah tau kot menang. Perasan gamaknya Seri Wangi ni...heee.. Lepas tu diberinya gambar-gambar macam ni, kelakar giler..takpelah Seri Wangi cuba je...minta-minta adalah yang rajin mengundi ye..


Seri Wangi tak kisah pun apa yang En Ben Ashaari suruh buat untuk contest ni, lagipun untuk orang baru dalam blogger ni adalah juga bagusnya, kacang je tu..sebab tulah Seri Wangi senyum je..macam si Tommy relex je...duduk bersantai kat atas kusyen tu. Tak de benda nak fikir, macam Seri Wangi ni,yelah...makan, minum semuanya orang tanggung.

Ehehemmm....jangan jealouslah...tengok gigi Seri Wangi yang baru pasang bracers bertatahkan diamond. Cantik tak? Kalau tengok si kambing putih (senyum kambing) ni macam nilah perasaan Seri Wangi yang begitu gembira dapat joint geng blogger. Dari mula Seri Wangi O tak tau apa-apa, sekarang dah pandai buat blog dan web sendiri. Semua tu kenalah belejar sendiri, kata orang blogwalking?.


 Seri Wangi pun macam ni dulu masa baru nak  pandai buat blog tercari-cari otai-otai blogger yang bolih Seri Wangi belajar. Akhirnya Seri Wangi jumpa juga blog otai muda, ni, orangnya handsome dan lagi kacak bergaya. selamma ni cuma dengar namanya je.. Huh....punyalah ranting tinggi dan ramai visitor, tentu En Ben Ashaari ni dah jutawan kan? Macam Seri Wangi ni cuma kaya anak je dan kaya anak kucing kat rumah yang ada 7 ekor semuanya.



Seri Wangi cukup geram giler dengan anak-anak Seri Wangi suka kacau bila Seri Wangi sedang asyik-masyuk tengah sibuk menulis kat blog. Dia orang kata Seri Wangi ni buang masa je. Tapi...Seri Wangi apa-apa hal siapakan keja rumah dulu barulah mengadap laptop ni...itupun berebut-rebut dengan anak-anak nak pakai komputer yang dah ada 3 komputer kat rumah. Dia orang tu lagi buang masa asyik main games DOTA? entahlah Seri Wangi tak taulah apa bendanya, naik rimas dibuatnya,apakan tidak makan minum sampai lupa, mandi pun tidak...geram-geram..!Dia tak tau ke buat blog ni bolih cari duit?.


Haaa....macam nilah kalau anak-anak Seri Wangi semua dah tidor, barulah Seri Wangi happy sikit, bolihlah sambung menulis di blog Seri Wangi. Seronok bila dapat blogwalking kat blog orang lain kita bolih dapat kawan ramai dan visitor pun ramai.


Seri Wangi dah bolih relax....dah nak siap buat entry yang En Ben Ashaari minta, senang hati Seri Wangi sebab mungkin En Ben Ashaari pilih entry Seri Wangi,perasaan heee...!Dulu tak pandai langsung nak buat apa-apa entry, lopong jelah bila ada blog orang lain menang, sekarang ni Seri Wangi dah  bolih tarik nafas lega sebab dah pandai sikit-sikit kerana tidak pernah berputus asa...sekarang kacang je.


Seri Wangi dah habis idea, dah puas fikir tulis blog untuk contest ni, harap-harap menanglah. Kesian kat Seri Wangi yang baru dalam dunia blogger ni, tengok wajah Seri Wangi yang manis ni dah jadi masam...! Tak apalah possing macam ni kira okeylah ni. Dan Seri Wangi harap En. Ben Ashaari pun puas hati dengan penulisaan Seri Wangi ni. En. Ben Ashaari...LU FIKIRLAH SENDIRI...!







Selasa, 9 November 2010

PENAWAR DEMAM CAMPAK


Kenal daun ni?Seri wangi rasa bukan semua orang kenal dengan daun di atas. Inilah orang panggil DAUN MAMBU atau Pokok Naem. Daun mambu ni semua orang tua-tua tau untuk penawar Demam Campak. Pokok ni biasanya Orang India yang selalu tanam di rumah mereka untuk upacara sembahyang. Kadang-kala dia orang tau namanya saja tapi tak tau rupa pokoknya. Kalau nak cari memang susah sebab kebanyakannya pokok ni orang India yang biasanya tanam. Kalau bernasib baik ada juga orang lain melayu yang tanam.

Macam mana nak gunanya?Haa...senang je..jika anak kena demam panas, beri minum air kelapa dulu untuk penawar agar demam panasnya turun. Jika betul-betul anak kena campak nanti nampaklah keluar bintik-binti merah. Orang tua-tua kata kalau campak tak keluar seluruh badan, nanti campak tu akan berulang lagi.Entalah nak percaya atau tidak,ianya memang dulu-dulu lagi zaman seri wangi kecik-kecik itulah ceritanya.

Semasa campak dah keluar seluruh badan, ambil beberapa cekak daun mambu ditumbuk atau diblend dgn beras dan air hingga lumat kemudian dilumurkan seluruh badan  termasuk muka untuk mengelakkan gatal-gatal dan miang satu badan.  Lakukan hingga campak tu berkurangan. Dan juga demam campak ni pun kena berpantang, kalau nak ikutlah...kalau tidak fikirlah sendiri. Kalau tanya orang tua-tua mesti dia orang cakap ada pantangnya, kadang-kadang pelik juga tapi...biasanya ikut juga kata-kata orang tua-tua ni. Masa anak kena campak, kita tak bolih menggoreng takut nanti bertambah miang, jangan makan kicap takut nanti tanda-tanda campak menjadi hitam, tak bolih kena air hujan takut nanti bentan dan campak menjadi timbul dan besar. Seri wangi rasa ada logiknya sebab air hujan ada bahan kimia, betul ke? Makan benda-benda gatal dan telor pun tak bolih, jadi kenan makan yang rebus-rebus sajalah. Haa...lagi satu seri wangi malu nak cakap, sama ada betul atau tidak, kita tak bolih ehem....ehemm...eheem...malam..nanti......tak ingat pulak.




Pokok semambu ni sebenarnya banyak gunanya, pucuk daun semambu diambill beberapa helai, direndam dalam air panas dan minum untuk kesihatan tetapi tak bolih lebih seminggu. Daun-daun semambu bolih juga di letakkan di bawah alas tempat anak kita tidor agar badannya tidak miang. Rantingnya bolih dibuat untukmemberus gigi. Sebenarnya banyak lagi kegunaan pokoksemambut khasnya untuk penyakit radang kulit.
Dan lagi bila demam kenalah minum banyak air terutamanya Air Oksigen yang bolih dibeli di farmasi harganya RM3.50 sebotol. Air mineral ni sangat bagus diminum bila badan tidak sihat, terutamanya yang kena Denggi. Minumlah banyak-banyak insyaalah darah kita kembali normal. Sewri wangi cerita ni sebab anak seri wangi pernah kena Denggi, begitu juga adik ipar bila minum air Oksigen ni badan kita yang kekurangan air dan oksigen kembali sihat.Tapi...bagi sesiapa yang dah ada mesin air oksigen tu lagi bagus, minumlah banyak-banyak air.




Khamis, 4 November 2010

ibuayahdamia vacation with kids giveaway


Jom Jom Joint Contest, tamat pada 7 Nov 2010 (11.59PM)
                                              
2 orang bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah. Pemenangnya
akan mendapat hadiah bercuti ke luar negara. So...cepatlah apa lagi...rugi kalau tak cuba. 


Jom Joint

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/11/ibuayahdamia-vacation-with-kids.html

Rabu, 3 November 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

Kalau Seri Wangi berambut panjang macam si puteri Rapunzel tu, macam-macam Seri Wangi boleh buat punya....fuyooo.....best giler....pasti semua mata terbeliak, mulut terlopong, hidung kembang kempis dan badan kaku sebab terperanjat tengok rambut Seri Wangi yang panjang 70 kaki, kalahkan kereta api Monorel, LRT dan Komuter. Zaman sekarang mana nak jumpa orang perempuan yang berambut panjang 70 kaki, agak-agaknya Seri Wangi pakai minyak apa ye? Kalau jual minyak rambut mesti laku punya. Kemudian masuk Guines World Record lagi, masuk pertandingan ratu cantik pasti Seri Wangi menang sebab semua mata-mata juri terpukau melihat rambut Seri Wangi yang panjang mengurai walaupun wajah tak secun mana, kalahkan puteri Mayang Mengurai tu. Rambut panjang macam si puteri Rapunzel yang berwarna kuning emas tu melambangkan keunggulan seorang wanita tapi berhati waja. Tengoklah tu si heronya menyorok belakang si Puteri Rapunzel, takut gamaknya.


KALAU NAK BERANGAN BERAMBUT PANJANG MACAM RAPUNZEL PERGI TENGOK    
                                         WAYANG PADA 25 NOV NI.

Lepas tu Seri Wangi akan tolong orang-orang yang duduk kat apartment yang ada lift dan selalu rosak tu gunakan rambut Seri Wangi yang panjang 70 kaki ni untuk turun dari atas apartment dengan menggunakan rambuat Seri Wangi yang panjang ni. Kalau budak-budak kecik boleh menggelunsor gunakan rambut Rapunzel yang panjang ni. Wah...terlebih sudah!!! Lagilah glamor Seri Wangi bila wartawan-wartawan datang intiview Seri Wangi, semua stesyen Tv datang ambil gambar masuk tv mereka. Amboi....bestnya Seri Wangi jadi artis pulak nanti kalahkan Siti Norhaliza yang berambut cantik tu kemudian buat telefilem bertajuk "Seri Wangi Panjang Mengurai" ataupun "The Seri Wangi's Golden Hair".




HAA.......nak tengok rambut Seri Wangi yang panjang mengurai ni? Cantik tak? Tapi....tak serupalah macam si puteri Rapunzel tu bersama Puteranya yang kacak tu. Kalau rambut Seri Wangi sepanjang 70 kaki, Seri Wangi akan panggil salon-salon rambut yang nak sponsor Seri Wangi untuk cuci rambut kemudian buat kutipan sesiapa nak ambil gambar Seri Wangi kemudian beri kepada rumah-raumah anak yatim. Okey tak....? Sekali-sekala kena juga buat amalkan?




Seri Wangi nak tunjuk gambar Seri Wangi yang cantik ni, rasanya tak bolihlah....sebab pakai tudung tapi...jadilah tengok rambut anak Seri Wangi ni sebab rambut dia lebih kurang sebiji rambut Seri Wangi. Alah....Emak Borek...anak pun rintik....betul ke...peribahasa ni? Gelak lagi sebab bangga rupa sama macam Michael Jackson dan perli emak dia berangan nak berambut paanjang macam si Puteri Rapunzel tu.



Seri Wangi dah berangan nak hadiah di atas ni....doa-doa dapatlah rasanya, best sekali dapat tengok wayang 
filem 'RAPANZEL:  A TANGLED TALE'