Sabtu, 23 Oktober 2010

PETUA DAPUR

SERI WANGI nak bagi Petua yang seri wangi baca kat majalah Mingguan Wanita, seri wangi ni memang pembaca setia Mingguan Wanita, rasa macam nak kongsi dengan pembaca blog seri wangi ni. Kadang-kala bukannya semua orang suka membeli, tumpang membaca adalah agaknya, sememangnya seri wangi suka membaca dari dulu lagi, apatah lagi kalau majalah tu ada contest, lagilah suka muncubanya. Kadang-kadang ada nasib, kadang -kala tak ada nasib. Sekarang tengah target nak menang peraduan Teka bola kat Utusan Malaysia, dah banyak kali hantar, tapi....belum ada rezekinya, asalkan kita jangan putus asa. Contest kat Erafm tu pula dah banyak kali seri wangi masuk, ada juga yang seri wangi menang, seronok juga bila dapat tengok wayang free. Yang terbaru Seri Wangi dapat 28 botol minuman Yogurt Nestle Bliss, puas hati dapat minum untuk kesihatan dan sedap pulak tu.

Petua yang Seri Wangi nak bagi ini memang bagus untuk dicuba nanti di dapur:

1.   Ulam Kekal Rangup  -  Supaya ulam kekal rangup, rendamkan ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampur sedikit cuka dan air limau nipis, biarkan seketika dan ia akan kekal lama dan sedap.

2.    Elak Rasa Pahit Pucuk Betik  -  Untuk menghilangkan rasa pahit pucuk betik, cuci dulu pucuk betik, kemudian direbus. Ketika hamnpir empuk masukkan air asam jawa atau asam keping.

3.    Sup Lebih Pekat  -  Sup akan cair sekiranya terlalu banyak air digunakan, untuk memekatkan kuah sup, masukkan kentang yang telah direbus serta dilecek ke dalam sup tersebut, didih hingga pekat.

4.    Jemput-Jemput Pisang  -  Suka makan jemput-jemput? Kalau nak bagi lebih lembut dan sedap, campur tepung gandum dengan sedikit sodium bikarbonat dan air suam, jemput-jemput akan lembut dan sedap. Kalau yang dah tau tak kisahlah...kan?

5.    Masalah Jerawat -  Mereka yang ada masalah jerawat, ambil daun bunga melur dan tumbuk hingga lumat dan saputkan kat muka tiga kali seminggu. Susah nak cari bunga melur? Kalau nak cantik pandai-pandailah usahakan? Beli aja kat Nursery Bunga tu dan tanam, biasanya rumah India banyak tanam bunga melur.



6.    Menghilangkan Selulit  -  Ini yang orang perempuan suka yang banyak selulit kat peha dan kat lengan. Ambil dua cawan kopi, setengah cawan gula atau garam laut dan dua hingga tiga sudu minyak urut dan campurkan semuanya kemudian saputkan kat bahagian yang banyak selulit tu, lalu urut selama tiga minit. Lakukan tiga kali seminggu, kalau rajin buat, adalah hasilnya. Kalau malas nak buat, call aje seri wangi untuk urut, tanggung beres punya.

7.    Payu Dara Lebih Pejal  -  Hah...yang ni orang perempuan pasti suka, lebih-lebih lagi yang dah beranak-pinak. Senang je ambil dua sudu madu, sebiji telur, ambil kuningnya dan dua sudu susu tepung. Gaul hingga sebati. Kemudian masuk dalam peti sejuk selama 30 minit.  Sapukan di bahagian payudara selama satu jam dan bersihkan dengan air suam. Lepas tu...jangan bagi sisuami usik selama lima hari, lima malam....Acah je...!

8.    Bawang Putih Redakan Sakit Gigi -  Ambil dua ulas bawang putih, pecahkan sedikit kemudian letakkan kat gigi yang sakit hingga sakit beransur hilang. Kalau tak hilang rasa sakit jumpa je doktor gigi..!

9.     Halia Hilangkan Sakit dan Lenguh Badan -  Kalau badan rasa lenguh, minumlah air rebusan halia muda, kalau nak sedap tambah madu. Air rebusan halia dapat membuang angin dalam badan dan bengkak otot-otot badan.

10.   Mudarat Kasut Tumit Tinggi -  Bagi orang perempuan yang suka pakai kasut tumit tinggi, sandal yang bermuncung kecil merupakan penyebab terbesar masalah penyakit Arthritis pada usia tua. Ia menyebabkan sakit sendi di kaki, lebih-lebih lagi yang mempunyai berat badan berlebihan, jadi kalau tak mahu kena berhati-hatilah.

Jumaat, 15 Oktober 2010

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG DAN DALAM PANTANG

Seri Wangi nak nasihat je ni, nasihat orang dulu-dululah, itupun kalau nak ikut atau pun tidak. Seri Wangi tak kisah...! Kadang-kala nasihat orang dulu-dulu ada yang logik dan ada yang tidak, tapi...nasihat orang dulu-dulu banyak kiasan dan kadang kala ada yang logik untuk diikut. Lagipun nasihat ni dari pengalaman Seri Wangi sendirilah...! Biasalah orang muda zaman sekarang mana nak ikut nasihat orang tua-tua, ikut suka hati dia je nak buat apa yg dia suka, ikut kepala dia orang. Lebih-lebih lagi jika nenek kat kampong tu berleter, terus tak nak balik kampong, sakit telinga katanya. Betul tak?

Bab pantang larang semasa mengandung ni banyak, Seri Wangi cerita yang mana bolih jelah. Semasa mengandung bab makanan kenalah jaga, jangan makan makanan asam jeruk yang dijual kat kedai, bahaya untuk kesihatan baby kerana banyak bahan kimia, kacang parang pun tak bolih makan kerana bolih menyebabkan anak kena kuning.,  Pantang larang orang tua-tua lagi...kalau bolih tu sisuami tak digalakkan memancing nanti takut anak mulut sumbing, percaya tak? Kalau nak ikut atau tak nak terpulanglah. Menjahit bantal pun tak bolih, jangan siksa binatang terutamanya kucing, kalau tak suka kucing jangan tendang dia, sepak dia nanti takut Allah balas kena pada anak kita. Percaya tak? Susah juga nak percaya tetapi kawan Seri wangi pernah cerita pasal seorang perempuan yang mengandung tak suka kucing, lalu dia tendang kucing tu, sepak dan pukul sampai kucing tu mati, mata terbeliak, tangan kucing tu hancur dipukul dengan kayu. Nak tau apa cerita selepas dia bersalin? Anak perempuan apabla lahir cacat macam kucing yang dia pukul, badan berbulu, mata terbeliak. Isshh....ngeri dan baby tu meninggal dunia, itu adalah satu pengajaran jangan siksa binatang.


Masa mengandung tu elakkan tengok cerita seram, takut bila kita terperanjat, kenan kat baby dalam perut tu. Lagi satu kalau suami suka masuk hutan memburu, takut kena badi binatang , semasa memotong ikan jangan potong mulutnya itu juga bolih menyebabkan mulut baby sumbing. Percaya tak? Susah nakj kata.Tapi itulah selalunya orang tua-tua nasihatkan kita kalau tak percaya tanyalah nenek kat kampong. Biasalah kita kena ikut nasihat nenek sebab semua itu adalah nasihat yang berguna untuk dijadikan tauladan. Orang mengandung jangan selalu keluar malam-malam takut, masa seri wangi mengandung dulu  mak nasihatkan membawa paku panjang dan diselitkan dikepala untuk mengelakkan benda halus menganggu kita. Sebenarnya semasa mengandung kita kenalah sentiasa menjaga adab, banyak pantang larang utk orang mengandung yang masa sekarang orang dah lupa. Banyakkan baca ayat-ayat suci terutamanya membaca surah Yusuf dan mariam untuk kebaikan baby.

Berbengkung untuk kempiskan perut

Pantang larang untuk orang dalam pantang pula, semasa dalam pantang orang tua-tua marah kalau kita keluar rumah, sidai baju kat luar rumah dilarangnya, jangan terlalu main air takut urat-urat kembang dan sejuk.  Kalau keluar rumah kerana terpaksa eloklah ibu jari kaki tu dikat dengan kain yang sudah dibalu dengan lada hitam yang ditumbuk halus bersama minyak untuk mengelakkan terlangar sesuatu. Nak percaya atau tidak terpulanglah. Sebenarnya orang dlaam pantang wangi kata orang, benda-benda halus memang suka sebab itulah orang-orang tua larang kita keluar rumah, lebih-lebih lagi waktu senja. Takut nanti kena angin meroyan. Nak tau apa dia angin meronyan tu? Kalau ikut sains dan doktor kata histeria kerana pesakit akan meronta-ronta dan menjerit-jerit seperti takutkan sesuatu. Kenalah rajin pakai bengkung dan jangan malas walaupun tidak rasa selesa.

Bila Magrib jangan tinggalkan baby keseorangan

Jadi  kita kenalah jaga betul-betul pemakanan kita semasa dalam pantang, jangan malas makan jamu macam Jamu Mak Dara tu, Sendayu Tinggi ke, jamu HPA atau jamu Warisan...senang nanti kena bentan dan menggigil sebab salah makan. Kalau asyik murung saja dan sedih bolih menyebabkan angin meroyan. Bila kita murung dan sedih senang saja syaitan mengganggu kita dan masa itulah kita bolih terdengar bisikan suara-suara ghaib dan bolih ternampak sesuatu yang menakutkan kadang-kala anak dia sendiri dia nampak macam hantu, itulah sebab ada kes yang bunuh anak sendiri kerana dia ingatkan dia nampak hantu. Jadi para suami iseri wangi nak ingatkan, kita kena sentiasa jaga perasaan isteri dan berikan kasih sayang dan layanan sepenuhnya semasa dalam pantang kerana bukan senang hendak jaga baby semasa dalam pantang. Bukannya semua baby yang elok perangai dan ragamnya. Jadi itu sajalah seri wangi nak cerita sebenarnya banyak lagi cuma kalau nak tau banyak...rajin-rajinlah tanya kat nenek di kampong tu. Percaya tau tidak, nak ikut atau tidak terpulanglah....tapi kebanyakannya sudah jadi kenyataan sebab seri wangi pernah melaluinya dari mengalaman. 


Share