Seri Wangi tau bukannya semua orang tahu makanan untuk orang dalam pantang. Lebih-lebih lagi untuk orang muda yangh baru pertama kali dapat anak sulung ataupun baru nak belajar berdirikari semasa dalam pantang. Kadangkala Seri Wangi faham bukannya semua orang bernasib baik emak kita dapat menjaga kita semasa dalam pantang, begitu juga emak mertua, mau tak mau kenalah jaga sendiri. Hah....masa inilah para-para suami kena tunjuk kasih sayang dia kat isterinya untuk menjaga mereka dalam pantang. Seri Wangi sendiri pun dijaga oleh suami dari lahir anak kedua hingga anak keenam. Semua sebab tinggal jauh dari keluarga di perantauan.
Sebenarnya bukanlah susah sangat nak masak lauk orang dalam pantang ni, lauk untuk orang pantanglah yang paling senang dimasak cuma itulah menu hari-hari yang kita masak untuk mereka selama 44 hari. Sedap tak sedap kenalah makan, itu semua untuk ekbaikan mereka juga. Jamu semestinya kena makan untuk kesihatan dalaman dan dengar nasihat emak/emak mertua pantang larang orang lepas pantang. Jangan pula semua benda makanan hendak disapu, makan ikut selera, nanti bila bentan siapa juga yang susah? Kita dan keluarga kita juga yang susah...lebih-lebih lagi suami yang jaga kita, nanti kelam kabut dibuatnya nak cari mak bidan. Semua benda-benda makanan sejuk tak boleh dimakan, ais lagilah tak bolih, puluh, cili api,buah-buah sejuk buah tempatan tak boleh, kalau nak makan buah orange, apple, anggur bolehlah, elakkan makan pisang, tembikai, dan buah mangga. Sayur bayam, kangkung dan sayur yang sejuk elakkan. Seri Wangi suka cara orang Cina berpantang mereka tidak minum air mati, takut kena angin, mereka cuma minum air kurma merah, makan sup ayam hitam yang direbus dgn herba dan mereka banyak makan halia tua import dari Taiwan. selama berjam lama-lamanya. Mereka tidak bolih mandi selama sebulan/dua bulan cuma mandi dgn air rebusan herba. Sayur makan juga tapi dimasak dgn minyak bijan kerana minyak bijan bagus utk badan tapi bubuh sikit je nanti kalau banyak sakit tekak kerana minyak bijan panas.
Alright...Seri Wangi bagi tahu resepi untuk orang pantang....senang je....para suami pun boleh buat sendiri untuk isteri key...!
RESEPI 1
SINGGANG IKAN
Bahan
2/3 keping ikan tenggiri (blh makan ikan selar, ikan parang, ikan merah asalkan tidak gatal)
halia muda 1 ketul (dimayang halus)
kunyit muda 2 ketul (dimayang halus)
2 sudu lada hitam
1 keping asam keping
Air secukupunya
garam secukupnya
Caranya
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus hingga masak.
Bila sudah masak bolihlah makan panas-panas. Senang bukan?
RESEPI 2
SAYUR CAMPUR
Bahan
100 gram kobis (dipotong halus)
100 gram bunga bakoli (potong halus)
1 batang karot (dipotong nipis)
2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)
garam secukupnya
air secukupnya
2 sudu minyak bijan utk menumis
Caranya
1. Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
2. Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.
3. Bolihlah dihidang dan makan.
RESEPI 3
IKAN BAKAR
Bahan
2 ekor ikan chencaru ataupun ikan selar (dibersihkan)
4 sudu lada hitam (diblend ataupun ditumbuk halus)
daun pisang secukupnya utk membalut ikan
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
Caranya
1. Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudian
dibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang.
2. Bakarlah ikan tersebut hingga masak.
Sos utk dicicah
1 biji bawang besar (dimayang halus-halus)
Kicap secukup
Air secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Air perahan limau kasturi
1. Campur semua bahan tadi dan sedap dicicah.
Share



salam, boleh tak cuba edit shoutbox supaya boleh nampak text box untuk ditulis.. saya tak boleh nak tinggal jejak haha
BalasPadammasa dlm pantang dulu pekena nasik kosong panas panas dgn ikan goreng je pun laju jer.. time tu sentiasa kelaparan hehe
BalasPadamDalam pantang tu untuk istilah yang baru lepas bersalin ke atau untuk general dan universal ye? Macam baru lepas operate sebab accident ke..
BalasPadamKalau dekat rumah saya, time pantang tu makan ikan haruan ..
Lepas tu makan jeli gamat untuk luka cepat kering
by the way, terima kasih sebab baru-baru ni singgah ke blog saya dan tinggalkan komen :-)
bagus juga tu..
BalasPadamsaya masa pantang ari tue makan nasi panas ngan ikan bilis goreng je...tue yg best tue...
BalasPadamthanks coz singgah blog tinggalkan jejak...
kalau letak gambar ni lagi besh..
BalasPadam;D
boleh try ni.. kepada sapa2 yg tgah pantang la
BalasPadammasa i duk dlm pantang dlu, mkn ikan kembong bakar, xpun ikan haruan kering jek..dah masuk 20hr baru mkn daging or ayam kampung..klau ikan cencaru tu my mum xkasi sebab kata org tua2 ikan yg oerut dia hitam xbley mkn..ikan bilis pun sama gak, takut gatal kat tempat jahit tu..sayur langsung xmakan..senang..hehe..takut sejuk nnt..pastu gaul nasik gn lada hitam yg ditumbuk halus, xpun bawang putih n halia yg digoreng..xsedap pun telan la jugak..
BalasPadamharitu terbaca kt hmetro...mengatakan ikan cencaru tu xboleh mkn...sbb gatal...ikan selar comfirm ke boleh??
BalasPadamMemang betul xblh makan, ikan bawal hitam pun sama, tapi ikan bawal putih boleh dimakan. Kalau ada apa-apa masalah tanya di facebook saya.
BalasPadam