Sabtu, 25 September 2010

RESEPI LAUK UNTUK ORANG BERPANTANG

Seri Wangi tau bukannya semua orang tahu makanan untuk orang dalam pantang. Lebih-lebih lagi untuk orang muda yangh baru pertama kali dapat anak sulung ataupun baru nak belajar berdirikari  semasa dalam pantang. Kadangkala Seri Wangi faham bukannya semua orang bernasib baik emak kita dapat menjaga kita semasa dalam pantang, begitu juga emak mertua, mau tak mau kenalah jaga sendiri. Hah....masa inilah para-para suami kena tunjuk kasih sayang dia kat isterinya untuk menjaga mereka dalam pantang. Seri Wangi sendiri pun dijaga oleh suami dari lahir anak kedua hingga anak keenam. Semua sebab tinggal jauh dari keluarga di perantauan.

Sebenarnya bukanlah susah sangat nak masak lauk orang dalam pantang ni, lauk untuk orang pantanglah yang paling senang dimasak cuma itulah menu hari-hari yang kita masak untuk mereka selama 44 hari. Sedap tak sedap kenalah makan, itu semua untuk ekbaikan mereka juga. Jamu semestinya kena makan untuk kesihatan dalaman dan dengar nasihat emak/emak mertua pantang larang orang lepas pantang. Jangan pula semua benda makanan hendak disapu, makan ikut selera, nanti bila bentan siapa juga yang susah? Kita dan keluarga kita juga yang susah...lebih-lebih lagi suami yang jaga kita, nanti kelam kabut dibuatnya nak cari mak bidan. Semua benda-benda makanan sejuk tak boleh dimakan, ais lagilah tak bolih, puluh, cili api,buah-buah sejuk buah tempatan tak boleh, kalau nak makan buah orange, apple, anggur bolehlah, elakkan makan pisang, tembikai, dan buah mangga. Sayur bayam, kangkung dan sayur yang sejuk elakkan. Seri Wangi suka cara orang Cina berpantang mereka tidak minum air mati, takut kena angin, mereka cuma minum air kurma merah, makan sup ayam hitam yang direbus dgn herba dan mereka banyak makan halia tua import dari Taiwan. selama berjam lama-lamanya. Mereka tidak bolih mandi selama sebulan/dua bulan cuma mandi dgn air rebusan herba. Sayur makan juga tapi dimasak dgn minyak bijan kerana minyak bijan bagus utk badan tapi bubuh sikit je nanti kalau banyak sakit tekak kerana minyak bijan panas.

Alright...Seri Wangi bagi tahu resepi untuk orang pantang....senang je....para suami pun boleh buat sendiri untuk isteri key...!

RESEPI 1
SINGGANG IKAN  


Bahan


2/3 keping ikan tenggiri (blh makan ikan selar, ikan parang, ikan merah asalkan tidak gatal)
halia muda 1 ketul (dimayang halus)
kunyit muda 2 ketul (dimayang halus)
2 sudu lada hitam
1 keping asam keping
Air secukupunya
garam secukupnya

Caranya


1.    Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus hingga masak.
Bila sudah masak bolihlah makan panas-panas. Senang bukan?


RESEPI 2
SAYUR CAMPUR


Bahan


100 gram kobis (dipotong halus)
100 gram bunga bakoli (potong halus)
1 batang karot (dipotong nipis)
2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)
garam secukupnya
air secukupnya
2 sudu minyak bijan utk menumis

Caranya


1.     Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.

2.     Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.

3.     Bolihlah dihidang dan makan.


RESEPI 3
IKAN BAKAR


Bahan
2 ekor ikan chencaru ataupun ikan selar  (dibersihkan)
4 sudu lada hitam (diblend ataupun  ditumbuk halus)
daun pisang secukupnya utk membalut ikan
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya

Caranya


1.      Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudian
dibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang.

2.      Bakarlah ikan tersebut hingga masak.

Sos utk dicicah


1 biji bawang besar (dimayang halus-halus)
Kicap secukup
Air secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Air perahan limau kasturi


1. Campur semua bahan tadi dan sedap dicicah.


Share

Selasa, 21 September 2010

MENCEGAH KANSER RAHIM/SERVIK

KANSER Rahim sangatlah merbahaya. Biasanya wanita yang berumur 40 an ke atas menghadapinya dan tidak terkecuali gadis-gadis muda yang belum berkahwin. Penjagaan dalaman dan kebersihan virgina amatlah penting dan mestilah dititikberatkan. Seboleh-bolehnya gunakan ubat-ubatan yang bersesuaian dan pun jamu-jamu khas untuk kebersihan virgina kita. Mengambil jamu-jamu untuk kesihatan dalaman adalah amat penting terutamanya bagi wanita yang berumur dan kerap beranak. Semestinya penjagaan diri dan pemakanan semasa dalam pantang amatlah mustahak dijaga terutamanya alat kelamin kita.



Apabila terjadinya kaser rahim segalanya sudah terlambat untuk kita mengelaknya dari berlakunya kanser rahim. Seboleh-bolehnya kita tidak harus malu untuk melakukan pemeriksaan pangkal rahim di hospital kerajaan ataupun hospital swasta. Risoknya amat tinggi terutama bagi wanita yang merokok, wanita yang mengambil perancang keluarga dalam masa tempoh yang lama. Wanita amat takut apabila menerima khabar bahawa anda mengidap kanser rahim ataupun kanser payudara. Kedua-dua kanser ini sama saja bahayanya yang mana boleh membawa maut jika kita lambat bertindak,. Janganlah ambil mudah kedua-dua kanser ni kerana kita akan merana seumur hidup apabila sudah terkena kanser ini. Jadi janganlah malu, janganlah takut dan jangalah malas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekali seumur hidup untuk mencegah kanser rahim, bukan sudah terkena, baru hendak mengenadah.