Sabtu, 15 Mei 2010

RAPAT MERAPAT PENTING

ANAK-ANAK BUJANG SAYA 

RAPAT merapat memanglah penting....jangan salah faham pula....untuk menjadi seorang wanita yang unggul, cantik dan bergaya adalah sangat penting menjaga penampilan diri. Apatahlagi bila sudah beranak pinak. Jangan sekali-kali mengabaikan kesihatan luaran dan dalaman jika tidak mahu cik abang sayang mencari yang lain. Kadang-kala lelaki suka mencari alasan untuk mencari yang lain, walaupun mempunyai isteri yang cantik bagaikan bidadari tetapi jika kita cuma hanya menjaga luaran saja tidak memadai, sebaliknya kesihatan dalaman juga mesti dijaga.

       Petua untuk membuang lendir dalam perut, elakkan perut buncit ialah dengan memakan daun kesum, jangan ingat daun kesum untuk masakan saja, tetapi amalkan sebagai ulaman. Haa....kalau nak rapat merapat macam anak dara kenalah rajin pucuk jambu batu, memang susah sekarang nak cari pokok jambu batu, tapi....kalau nak seribu dayakan...? Amhil 7 helai pucuk jambu batu yang belum kembang, rendam dalam air panasdalam lima, enam minit kemudian minum....pastinya rapat macam pucuk daun jambu yang bertaut rapat. Selain dari itu pucuk jambu bagus untuk pusingan hadi terutamanya yang selalu kena senggugut.





     Lagi satu pucuk senduduk putih....tentu ramai yang tak tahu rupa pokok senduduk, pokok ni boleh kita lihat di semak samun yang banyak pokok paku-pakis tetapi pokok senduduk tu bunyanya warga unggu, nak cari pokok senduduk warna putih memang susah, kalau boleh cari kat nursery pokok, beli dan tanam sebab khasiatnya untuk buang lemak berlebihan dan menghilangkan keputihan, gatal dan membuang kotoran dalam badan. Pucuk senduduk juga boleh dicampur dengan manjakani, ketumbar dan rempah ratus yang lain. Hah....boleh cuba....nak jaga keterampilan diri untuk menjadi seorang wanita yang unggul.




    Pokok Mengkudu sangat bagus untuk orang yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi. Buahnya yang masak di blender dgn sedikit air dan diminum setiap hari, elok utk kesihatan. Pucuk daun mengkudu pula dibuat ulam. Sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Sila lihat vdeo ini untuk pengetahuan anda semua.





Share

Ahad, 9 Mei 2010

KHASIAT JINTAN HITAM (HABBATUS SAUDA)/NIGELLA SATIVA

        Biasanya yang orang tahun jintan hitam digunakan untuk masakan saja, tetapi tidak banyak yang orang tahu bahawa jintan hitam banyak gunanya terutana untuk memulihkan kesihatan ibu yang lepas bersalin. Khasiat jintan hitam adalah untuk membuang angin dalam badan, caranya dengan direbus dan diminum airnya. Selain dari itu jintan hitam juga dapat menghilang rasa loya, lenguh-lenguh badan dan sakit kepala. Jintan hitam juga boleh menurunkan panas badan ketika demam, serta menyembuhkan luka-luka termasuk bahagian usus.


        Jintan hitamjuga berkesan melegakan batuk-batuk, batu karang, kencing manis, penawar racun dan bisa, juga menghidar kembung perut dengan menumbuk tiga sudu jintan hitam , campur dengan pasir sungai dan panaskan kemudian bungkus untuk dibuat tungku perut. Untuk mengecut pusat bayi yang baru lahir, jintan hitam ditumbuk 1 sudu kemudian dibungkus dengan kain yang telah dijahit empat segi dan diletakkan di atas pusatnya sebelum dipakaikan barut. Sememangnya jintan hitam banyak khasiatnya cuma kita sahaja yang tidak mengetahui khasiatnya. Selain itu jintan hitam dapat melegakan selsema, melancarkan pernafasan dan juga resdung dengan menumbuk jintan hitam kemudian dibungkus dengan kain, lalu disedut beberapa kali hingga terasa lega, amalkanlah...insyallah dapat menyembuh penyakit yang kita hadapi dengan izin Allah swt.

       

Ahad, 2 Mei 2010

KESIHATAN WANITA


Tekanan darah rendah jangan dipandang remeh yang berpunca daripada anemia ataupun kekurangan zat makan. Penyakit darah rendah boleh menjadikan seseorang pitam, sakit kepala, badan lemah, letih dan pengsan akibat kekurangan cecair dalam badan. Untuk mengelakkan dari tekanan rendah, elaklah banyak memakan makanan berprotein seperti gandum, bijiran berasaskan kacang soya, tauhu, tempe dan semua sayuran hijau seperti sawi, bayam dan kailan yang boleh mengubati tekanan darah rendah.

Kobis, ubi keledek, tomato dan bijiran dapat menaikkan tekanan darah seperti biasa. Daun pasli, bawah putih, bawang merah juga baik diamalkan, rebusan air halia dan daun pasli sangat baik untuk pesakit hipotensi.

Cara pemakanan yang seimbang sangat baik untuk kesihatan wanita, lebih-lebih lagi wanita semakin meningkat usia. Makanan yang pedas-pedas eloklah dielakkan sebaik-baiknya banyak memakan sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan. Makanan berminyak dan berlemak tidak bagus untuk kesihatan melainkan jika kita rajin bersenam. Rajin-rajin berjalan kaki untuk kesihatan dan lakukan senaman ringan, lakukan bersama-sama anak, suami atau kawan-kawan di taman ataupun di depan rumah.